Penipuan tersebut telah menimbulkan banyak kekeliruan bertujuan untuk mempermain-mainkan umat Islam dan boleh merosakkan akidah umat Islam. Ada pula orang telah mengambil kesempatan menjual gambar palsu itu dalam bentuk poster dan boleh dibeli di kedai buku atau kaset. Individu Muslim yang kurang usul-periksa pula telah membeli poster palsu itu, lantas menempah bingkai gambar yang besar lagi cantik untuk diletakkan di dinding rumah. Bila ditanya, dia mendakwa itulah makam Rasulullah, tanpa mengetahui dia telah tertipu.
Beberapa gambar
palsu makam Rasulullah SAW telah beredar di internet sejak sekian lama.
Siapakah yang mula-mula menghantar dan menyebarkan gambar-gambar palsu
ini di internet tidaklah diketahui.
Penipuan tersebut telah menimbulkan banyak kekeliruan bertujuan untuk mempermain-mainkan umat Islam dan boleh merosakkan akidah umat Islam. Ada pula orang telah mengambil kesempatan menjual gambar palsu itu dalam bentuk poster dan boleh dibeli di kedai buku atau kaset. Individu Muslim yang kurang usul-periksa pula telah membeli poster palsu itu, lantas menempah bingkai gambar yang besar lagi cantik untuk diletakkan di dinding rumah. Bila ditanya, dia mendakwa itulah makam Rasulullah, tanpa mengetahui dia telah tertipu.
Makam (pusara)
Rasullullah SAW terletak di sebelah Timur Masjid Nabawi. Di tempat ini
dahulu terdapat dua rumah, iaitu rumah Rasulullah SAW bersama Aisyah dan
rumah Ali dengan Fatimah. Sejak Rasulullah SAW wafat pada tahun 11 H
(632 M), rumah Rasullullah SAW terbagi dua. Bahagian Selatan untuk makam
Rasulullah SAW dan bahagian Utara untuk tempat tinggal Aisyah. Sejak
tahun 678 H. (1279 M) di atasnya dipasang Kubah Hijau (Green Dome). Dan
sampai sekarang Kubah Hijau tersebut tetap ada. Jadi tepat di bawah
Kubah Hijau itulah lokasi bernama hujrah al-musyarrafah atau kamar yang
dimuliakan di mana jasad Rasullullah SAW dimakamkan oleh keluarga
Baginda. Di situ juga dimakamkan kedua sahabat, Abu Bakar (Khalifah
Pertama) dan Umar (Khalifah Kedua) yang dimakamkan berdampingan dengan
makam Rasulullah SAW.
Penipuan tersebut telah menimbulkan banyak kekeliruan bertujuan untuk mempermain-mainkan umat Islam dan boleh merosakkan akidah umat Islam. Ada pula orang telah mengambil kesempatan menjual gambar palsu itu dalam bentuk poster dan boleh dibeli di kedai buku atau kaset. Individu Muslim yang kurang usul-periksa pula telah membeli poster palsu itu, lantas menempah bingkai gambar yang besar lagi cantik untuk diletakkan di dinding rumah. Bila ditanya, dia mendakwa itulah makam Rasulullah, tanpa mengetahui dia telah tertipu.
No comments:
Post a Comment