Muadz
bin Jabal dan Jabir bin Abdilah ra,mengisahkan bahwa tatkala Nabi Saw,
diperjalankan ke langit pada malam isra’ mi’raj, beliau menyaksikan para
malaikat penghuni tujuh langit:Pada langit pertama, beliau menyaksikan
para malaikat terus menerus berzikir kepada Allah semenjak mereka
diciptakan.Pada langit kedua, beliau menyaksikan para malaikat melakukan ruku’ secara terus-menerus semenjak mereka diciptakan.Pada langit
ketiga, beliau menyaksikan para malaikat bersujud kepada Allah secara
terus menerus semenjak mereka diciptakan. Pada saat itu baginda Nabi
memberikan salam pada mereka, sehingga mereka bangkit dari sujudnya dan
menjawab salam Nabi Saw. Sesudah itu mereka sujud hingga tiba hari
kiamat kelak. Oleh kerana itulah, solat kita pun melakukan sujud dua
kali pada setiap rakaatnya.Pada petala langit keempat, beliau
menyaksikan para malaikat melakukan duduk tasyahud.Pada lngit kelima,
beliau menyaksikan para malaikat terus menerus membaca tasbih
(subhanallah)Pa da
langit ke enam, beliau menyaksikan para malaikat terus menerus membaca
takbir (Allahu akbar) dan tahlil (laa ilaaha illallah).Menya ksikan
ibadat malaikat yang begitu menakjubkan ini, dalam hati Nabi Saw,
terbisik keinginan: “betapa senang seandainya diriku dan seluruh umatku
dapat melakukan ibadat sebagaimana yang dilakukan para malaikat penghuni
tujuh langit tersebut.” Allah Maha Tahu. Maka Allah merangkaikan semua
gerakan ibadah yang diperagakan oleh para malaikat penghuni tujuh langit
untuk itu dalam bentuk ibadah solat, dan Allah Swt akan memuliakan Nabi
Saw serta umatnya yang mahu mengerjakan solat ini. Allah Swt,
berfirman: “Barang siapa yang mengerjakan solat lima waktu (setiap
sehari semalam). Maka ia memperoleh pahala sebagaimana pahala ibadat
yang dilakukan oleh para malaikat penghuni tujuh langit”.
* Petikan dari kitab "Munyatul Musolli" karangan ulama nusantara Almarhum Syeikh Daud Al Fatani. Semoga Allah merahmati beliau seisi keluarga.
-Al Fatihah-
* Petikan dari kitab "Munyatul Musolli" karangan ulama nusantara Almarhum Syeikh Daud Al Fatani. Semoga Allah merahmati beliau seisi keluarga.
-Al Fatihah-
No comments:
Post a Comment