Setelah Nabi Ismail
agak dewasa, Allah S.W.T. memerintahkan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail
membina Ka’bah di atas tapak asas
Ka’bah yang dibina oleh Nabi Adam
Ka’bah pertama telah dibina di zaman
Nabi Adam
, tetapi ia telah telah
runtuh dan terkambus. Setelah Ka’bah siap di bina, terdapat satu sudut yang
tidak dapat disempurnakan kerana tiada batu yang sesuai ukurannya untuk
diletakkan di sudut itu. Mereka telah berusaha mencari batu yang sesuai, namun
tidak ditemui. Oleh itu, Allah S.W.T. telah
menurunkan seketul batu dari syurga. Itulah Hajarul Aswad yang
disunatkan pada jemaah haji mengucupnya sampai ke hari ini.



Ka’bah hanyalah sebuah
bangunan batu. Apabila ia siap, Allah S.W.T. memerintahkan
Nabi Ibrahim
melaungkan azan menyeru manusia
supaya mendatangi Ka’bah. Nabi Ibrahim
bertanya, “Wahai Tuhan, bagaimanakah
suara aku akan sampai kepada semua manusia?” Allah S.W.T. ber rman, “Wahai Ibrahim, tugas kamu hanyalah menyeru. Allahlah
yang akan menyampaikan kepada manusia.” Demi melaksanakan perintah Tuhan itu,
Nabi Ibrahim memanjat Jabal Arafah dan
melaungkan azan menyeru manusia dari seluruh dunia ke Ka’bah.


Maha Besar Tuhan, dengan
kuasanya yang tiada batas itu, Allah S.W.T. telah
memperdengarkan seruan Nabi Ibrahim
kepada seluruh manusia ketika itu.
Bahkan Allah S.W.T. telah menjatuhkan ke dalam hati-hati
manusia rasa cinta dan rasa hormat terhadap Ka’bah. Demikianlah ketaatan mutlak
Nabi Ibrahim
dalam melaksanakan perintah Allah
S.W.T.. Demikian pula Allah yang Maha Berkuasa itu telah menjayakan
kehendak-Nya.


Bermulalah manusia
berdatangan menunaikan haji di Ka’bah khususnya dari Semenanjung Arab. Tiada
siapa mengajarkan dan mengarahkan mereka tetapi mereka telah membesarkan dan
memuliakan Ka’bah. Bermulalah ibadah Haji dengan kuasa Allah S.W.T.. Dari situ
tersebarlah agama kebenaran sehingga akhirnya seluruh bangsa Arab menganut
agama Nabi Ibrahim
. Allahlah yang telah memenangkan
agamanya tanpa campur tangan sesiapa. Bukankah ini kebenaran janji Allah S.W.T. dalam Quran-Nya? Firman Allah S.W.T :

“Tiadalah
kemenangan itu melainkan semata-mata kurniaan daripada Allah.”
No comments:
Post a Comment