SALAH FAHAM DENGAN PERGERTIAN RIJALUL GHAIB - Kisah Teladan

Latest

Takut Allah Dan Rindukan Nabi

Friday 30 September 2016

SALAH FAHAM DENGAN PERGERTIAN RIJALUL GHAIB



Makna rijalul ghaib sering di salah ertikan oleh orang-orang yang jahil. Mereka beranggapan rijalul ghaib ini adalah bangsa jin. Mereka hanya sekadar menterjemahkan maksud rijalul ghaib dan membuat andaian sendiri. Begini cara mereka memahami maksudnya:

Rijal = pemuda
Ghaib = tak kelihatan di alam manusia

Maksudnya bukan manusia tetapi adalah jin dan termasuk Bunian. Bagi mereka yang berdampingan dengan jin, berdamping dengan bacaan bacaan zikir yang beratus ribu, dan sejenisnya, serta mereka yang tak mengetahui, tetapi membaca al quran, juga dari keturunan, pusaka keturunan susah nak di terangkan kerana, dalam kitab karangan manusia, di gelar mereka dengan ustaz maulana, tetapi mereka memakai buluh sewu, tentera jin seribu, bila mereka dalam kesusahan akan datang bantuan rijalul ghaib jin dan syaitan hendak menyesatkan manusia ramai yang percaya, ikut rijalul ghaib, patuh kepada permintaan rijalul ghaib, seperti sediakan makanan sekian sekian, berzikir sekian sekian, itu memberi jin syaitan tu hidup. 

Dari segi ilmu perubatan tradisional pula terdapat dalam sebuah buku sebuah bertajuk ‘Warisan Perubatan Melayu’ terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka yang diselenggarakan oleh A. Samad Ahmad. Buku ini sebenarnya diterjemahkan dari manuskrip asalnya yang bertulisan jawi. Penulis manuskrip itu bernama Muhammad Salleh ibni Ahmad Penambang. Menurut Muhammad Salleh, dalam usaha untuk menjadi seorang perawat atau tabib, hendaklah meminta tolong pada ‘RIJALUL GHAIB’ empat bersahabat. Pada akhir tulisan ini nanti kita akan melihat siapakah ‘rijalul ghaib ’ yang dimaksudkan oleh buku Warisan Perubatan Melayu  adalah khadam ayat. Untuk mendapatkan rijalul ghaib ini dimulakan dengan solat hajat. Pada rakaat pertama dibacakan ayat Kursi manakala pada rakaat kedua dibacakan surah al-Ikhlas tiga kali, surah al-Falaq dan surah an-Naas. Kemudian hendaklah melihat jadual ‘langkah rijalul ghaib ’. Dipercayai rijalul ghaib berada di tempat dan arah tertentu mengikut kalendar bulan sebagaimana kalendar Islam. Selepas mengetahui kedudukan rijalul ghaib, satu bacaan mentera hendaklah diamalkan. 

Ini semua adalah perbuatan khurafat dan dakwaan yang menyesatkan telah dilakukan oleh orang-orang jahil yang bertopengkan ajaran islam cuba membenarkan ilmu songsang mereka. Imam Ahmad bin Ali Al-Buni dalam Manba Ushul Al-Hikmah-nya menjelaskan Rijalul Ghaib merupakan hamba-hamba Allah yang soleh yang banyak diberi pengetahuan hal yang ghaib oleh Allah SWT. Mereka bertebaran dimuka bumi dan disamarkan oleh Allah dari kebanyakan makhluqnya, dan kerana kesolehannya doanya diijabah Allah. Hal ini sesuai dengan hadits yang diriwayatkan oleh Abu Ya`la, Ibnu al-Sunni, and At-Thabrani dalam al-Mu`jam al-Kabir bahwasanya Rasulullah bersabda:

"Apabila seorang daripada kamu kehilangan sesuatu atau memerlukan pertolongan sedangkan dia berada di suatu tempat yang tiada orang dapat menolongnya, maka hendaklah dia berseru: "Wahai hamba-hamba Allah, tolonglah aku..!! (yaa 'ibaadallaah aghiitsuunii)" sesungguhnya bagi Allah itu ialah hamba-hamba yang kita tidak nampak."

Maka barang siapa yang bertepatan waktu hajatnya dengan arah dimana para rijalul ghaib itu berada dan berdoa kepada Allah pada saat itu juga, para rijalul ghaib itu akan mengamini doanya tersebut maka akan terkabulkan hajatnya serta tercapai apa yang ia minta".

Dalam kitab "Futuh Al Makkiyyah" karangan Imam Akbar Muhiddin Ibnu Arabi di antaranya darjat wali ada yang diberi pangkat Rijalul Ghaib atau manusia-manusia misteri. Jumlah wali jenis ini hanya sepuluh orang di setiap masa. Mereka orang-orang yang selalu khusyu’, mereka tidak berbicara kecuali dengan perlahan atau berbisik, kerana mereka merasa bahwa Allah swt selalu mengawasi mereka. Mereka sangat misteri, sehingga keberadaan mereka tidak banyak dikenal kecuali oleh ahlinya. Mereka selalu rendah hati, malu dan mereka tidak banyak mementingkan kesenangan dunia. Boleh dikata segala tindak tanduk mereka selalu misteri. Di antaranya pula ada yang selalu menegakkan agama Allah. Jumlah mereka hanya lapan belas orang di setiap masa. Ciri khas mereka adalah selalu menegakkan hukum-hukum Allah. Dan mereka bersikap keras terhadap segala penyimpangan.

Syeikh Abu Madyan termasuk salah seorang di antara mereka. Beliau berkata kepada murid-muridnya: “Tampilkan kepada manusia tanda redha kamu sebagaimana kamu menampilkan rasa ketidaksenangan kamu, dan perlihatkan kepada manusia segala nikmat yang diberikan Allah, baik yang zahiriyah mahu pun batiniyah seperti yang dianjurkan Allah dalam firmanNya berikut:

“Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaknya engkau menyebut-nyebutnya sebagai tanda bersyukur” 

(Surah Adh Dhuha : 11) 

1 comment: