Di zaman Nabi
Sulaiman A.S, berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Sulaiman ternampak
seekor semut melata di atas batu, lantas Nabi Sulaiman merasa hairan
bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di
tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Sulaiman a.s pun bertanya
kepada semut, "Wahai semut , apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk
kamu". Semut pun menjawab: "Rezeki datang dari ALLAH, aku percaya
rezeki datang dari ALLAH, aku yakin di atas batu kering di pasir yang
tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Sulaiman a.s pun bertanya,
"Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan?. Apakah yang engkau gemar
makan dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"Jawab semut, "Aku
makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan". Nabi Sulaiman a.s pun
mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah
kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".Nabi Sulaiman a.s pun
mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam
bekas, kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup
bekas itu.
Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Sulaiman menemplak semut, "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah". Jawab semut, "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong!. Kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa". Itulah Iman Sang Semut. Iman kita bagaimana pula?. Apakah sehebat iman Sang Semut?.

No comments:
Post a Comment