BERATNYA TUGAS SEORANG PEMIMPIN - Kisah Teladan

Latest

Takut Allah Dan Rindukan Nabi

Sunday 25 September 2016

BERATNYA TUGAS SEORANG PEMIMPIN



Di kisahkan dari Abu Wail Shaqiq bin Salamah sesungguhnya Umar bin Khathab ra. telah melantik Bashar bin Asim ra. untuk memungut zakat penduduk Hawazin. Bashar ra. telah melewat-lewatkan kepergiannya lalu beliau telah ditemui oleh Umar ra. dan telah berkata kepadanya,
“Apakah yang telah menyebabkanmu terlambat?”. Adakah kamu tidak mendengar dan taat kepada perintah kami?”. Bashar ra. berkata,
“Tidak, melainkan aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda,

”Barang siapa yang menjadi ketua bagi sesuatu urusan kaum Muslimin, maka ia akan datang pada hari kiamat sehingga ia akan berdiri di atas sebuah jambatan Neraka. Jika ia telah melakukan kebaikan, ia akan selamat. Jika telah melakukan kejahatan, jambatan itu akan runtuh lalu ia akan terjatuh ke dalam api Neraka tersebut selama tujuh puluh tahun”.

Abu Dzar ra. telah berkata kepada Umar ra. “Adakah kamu telah mendengar sesuatu dari Rasulullah SAW?” Umar ra. pun menjawab. “Tidak”. Abu Dzar ra. berkata, “Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda,

“Barang siapa yang bertanggungjawab ke atas urusan kaum Muslimin, ia akan datang pada hari kiamat sehingga ia akan berdiri di atas sebuah jambatan neraka. Jika beliau melakukan melakukan kebaikan dalam tanggungjawabnya ia akan selamat. Jika sebaliknya jambatan itu akan roboh dan ia akan terjatuh ke dalam neraka itu selama tujuh puluh tahun dan Neraka itu amat gelap dan hitam”.

Maka hadis yang mana satukah yang lebih menggetarkan hatimu?”. Umar ra. mejawab, “Kedua-duanya. Oleh kerana itu siapakah yang mahu mengambil jawatan Khalifah ini?”. Abu Dzar ra. pun berkata, “Hanya orang yang hidungnya telah terpotong dan pipinya telah dilekatkan di atas tanah yang akan mengambil alih jawatan ini. Ada pun aku tidak mengetahui melainkan jawatan Khalifah ini baik untuk mu. Kerana jika kamu memberikan jawatan Khalifah ini kepada seseorang yang tidak akan berlaku adil, kamu juga akan menanggung dosa bersama dengannya”.

No comments:

Post a Comment