CARA IMAM AHMAD BIN HANBAL MENGUSIR JIN DALAM BADAN - Kisah Teladan

Latest

Takut Allah Dan Rindukan Nabi

Sunday 2 October 2016

CARA IMAM AHMAD BIN HANBAL MENGUSIR JIN DALAM BADAN



Di riwayatkan bahawa Sultan al-Mutawakkil telah menghantar perutusannya kepada Imam Ahmad bin Hanbal supaya memberitahunya bahawa seorang gundik sultan telah mengalami kerasukan. Imam Ahmad diminta supaya berdoa untuknya. Sejurus kemudian Imam Ahmad megeluarkan sepasang terompah kayu yang biasa digunakan untuk berwuduk, lalu memberikannya kepada muridnya dan berkata: “kamu pergi ke istana sultan dan duduk di bahagian kepala perempuan itu. Cakap kepada jin yang merasuknya; Ahmad berkata: mana di antara dua perkara yang kamu mahu, kamu keluar dari tubuh perempuan ini atau kamu dipukul dengan terompah ini tujuh puluh kali? Apabila mendengar kata-kata tersebut jin yang berada dalam tubuh perempuan itu berkata: "Kami dengar dan kami taat bahkan jika imam Ahmad mengarah kami keluar dari negeri Iraq sekalipun, kami akan keluar. Dia adalah seorang yang mentaati Allah, sesiapa mentaati Allah, segala sesuatu akan mentaatinya. Jin tersebut kemudiannya keluar dari tubuhnya. Perempuan tersebut segera kembali sihat dan kemudiannya telah dikurniakan beberapa orang cahaya mata.

Setelah kewafatan Imam Ahmad, jin tersebut sekali lagi merasuk perempuan yang sama. Sultan Mutawakkil sekali lagi menghantar utusan kepada murid Imam Ahmad iaitu Abu Bakr al-Mawarzi. Beliau membawa terompah kayu yang sama ke istana sultan untuk merawat perempuan tersebut. Lalu jin yang merasuk itu berkata: "Aku tidak akan keluar dari sini. Aku tidak akan taat dan tidak mahu menerimamu. Imam Ahmad adalah seorang yang yang mentaati Allah, dengan sebab itu kami mentaatinya”.

No comments:

Post a Comment