Perintah Membina Ka’bah - Kisah Teladan

Latest

Takut Allah Dan Rindukan Nabi

Monday 9 April 2018

Perintah Membina Ka’bah





Setelah Nabi Ismail agak dewasa, Allah S.W.T. memerintahkan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail membina Ka’bah di atas tapak asas Ka’bah yang dibina oleh Nabi Adam Ka’bah pertama telah dibina di zaman Nabi Adam, tetapi ia telah telah runtuh dan terkambus. Setelah Ka’bah siap di bina, terdapat satu sudut yang tidak dapat disempurnakan kerana tiada batu yang sesuai ukurannya untuk diletakkan di sudut itu. Mereka telah berusaha mencari batu yang sesuai, namun tidak ditemui. Oleh itu, Allah S.W.T. telah menurunkan seketul batu dari syurga. Itulah Hajarul Aswad yang disunatkan pada jemaah haji mengucupnya sampai ke hari ini.
Ka’bah hanyalah sebuah bangunan batu. Apabila ia siap, Allah S.W.T. memerintahkan Nabi Ibrahim melaungkan azan menyeru manusia supaya mendatangi Ka’bah. Nabi Ibrahim bertanya, “Wahai Tuhan, bagaimanakah suara aku akan sampai kepada semua manusia?” Allah S.W.T. ber rman, “Wahai Ibrahim, tugas kamu hanyalah menyeru. Allahlah yang akan menyampaikan kepada manusia.” Demi melaksanakan perintah Tuhan itu, Nabi Ibrahim memanjat Jabal Arafah dan melaungkan azan menyeru manusia dari seluruh dunia ke Ka’bah.
Maha Besar Tuhan, dengan kuasanya yang tiada batas itu, Allah S.W.T. telah memperdengarkan seruan Nabi Ibrahim kepada seluruh manusia ketika itu. Bahkan Allah S.W.T. telah menjatuhkan ke dalam hati-hati manusia rasa cinta dan rasa hormat terhadap Ka’bah. Demikianlah ketaatan mutlak Nabi Ibrahim dalam melaksanakan perintah Allah S.W.T.. Demikian pula Allah yang Maha Berkuasa itu telah menjayakan kehendak-Nya.
Bermulalah manusia berdatangan menunaikan haji di Ka’bah khususnya dari Semenanjung Arab. Tiada siapa mengajarkan dan mengarahkan mereka tetapi mereka telah membesarkan dan memuliakan Ka’bah. Bermulalah ibadah Haji dengan kuasa Allah S.W.T.. Dari situ tersebarlah agama kebenaran sehingga akhirnya seluruh bangsa Arab menganut agama Nabi Ibrahim . Allahlah yang telah memenangkan agamanya tanpa campur tangan sesiapa. Bukankah ini kebenaran janji Allah S.W.T. dalam Quran-Nya? Firman Allah S.W.T :

“Tiadalah kemenangan itu melainkan semata-mata kurniaan daripada Allah.”

No comments:

Post a Comment